..::It's Me::..

Followers

Friday, August 24, 2007

ADAM

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini
memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah
Hawa, temanmu yang kau pinta semasa
kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau
terpesong dari landasan, kerana aku buruan
syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di
akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah
dalam urusanNya Jika bilangan kaummu
mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia
kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan
Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun
jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang
Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari
satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya
bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku
risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti
tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi
perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada
ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi
amanah untuk mendidik aku, kau diberi
tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha
Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah
terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah
ramai menderhakaimu. Ramai yang telah
menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya
Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di
jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah
seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki
sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari
sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku
jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi
sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka
menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul
senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan
saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku
tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya
Hawa terpesong, maka Adam yang patut
tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya!
Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak
tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak
pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa
memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah
makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu,
apakah didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-
isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama
seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan
contoh terhadap kaum Hawa?


Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah
makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka
benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau
punya kelebihan akal manakala aku kelebihan
nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku
satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah
tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari
Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh
jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah.


Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah
para sahabat, masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan
hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada
dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau
agungkan itu...


..NiQue..

No comments:

From yesterday, we learned for today, and today we prepared for tomorrow

Because yesterday has already passed, and today surely doesn’t promise a successful day

And tomorrow will decide our future if we are prepared today!!!

Every roses has its thorn!

So remember, nobody is PERFECT…!!!